Ahli Parlimen pun kena tipu di Parlimen???

968

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/mata%20lebam%20gani.pngApalah malangnya Ahli parlimen di Malaysia macam ana dan rakan-rakan nih, kata pegawai penyiasat mata lebam DSAI ni, kami kena tipu oleh Menteri dalam Parlimen pada 14/12/2010 baru lalu sebelum Ketua Pembangkang dan 3 lagi kawan-kawan kena gantung 6 bulan. Kalau sahih apa yang ditulis oleh ACP Mat Zain ni, maka lepas ni kena rujuk Menteri kepada JK Hak dan Kebebasan pulak nampaknya, dan kali ni tengok pulak pengerusi nak panggil bela diri ke tidak macam yang dibuat pada Ketua Pembangkang tu. Tapi ana rasa usul tu pun tak boleh nak lulus, maklumlah dedpa majority lagi.

Dibawah ana pastekan surat bekas Pegawai Penyiasat Mata Lebam berkenaan ACP Datuk Mat Zain dibawah ini.

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan ‘bom’ melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.

Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.

“Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998,” tulis Mat Zain dalam surat itu.

Berikut adalah surat penuh Mat Zain (Baca seterusnya disini)