MBKT Perlu Contohi Bandaraya Maju Dunia Dalam Soal Kebersihan

1932

Oleh : Khairuddin Ahmad

IMG-20160112-WA0047Beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan penularan wabak demam denggi, khususnya di kawasan bandaraya Kuala Terengganu.

Antara kawasan yang ‘panas’ dengan serangan Aedes adalah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.

Menurut statistik yang dikeluarkan, terdapat sejumlah 9 lokaliti yang masih aktif menghadapi serangan wabak denggi di Terengganu, 8 daripadanya ialah lokaliti sekitar Kuala Terengganu.

Kampung Losong Haji Su merupakan lokaliti yang dilaporkan kritikal denggi dalam DUN Bandar khususnya.

IMG-20160112-WA0046Disarankan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan seumpamanya serta masyarakat setempat mengambil ‘cakna’ berkenaan perkara ini.

Longkang-longkang, semak belukar, tapak pembinaan, kawasan-kawasan terbiar, dan tempat-tempat tangkungan air perlu dibersihkan dengan segera.

Tidak memadai dengan hanya arahan semburan asap pembasmi pembiakan nyamuk aedes kepada Jabatan Kesihatan, pihak MBKT mestilah aktif selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani masalah kebersihan.

Kebersihan itu bukan hanya mengangkut sampah dari tong-tong sampah, namun selaku PBT yang berstatus bandaraya, MBKT mestilah mencontohi bandaraya maju didunia, dalam soal menangani isu kebersihan.

IMG-20160112-WA0048Tidak ada ertinya pembangunan yang hebat dengan pembinaan bangunan-bangunan, penubuhan pusat bandar baharu, pembinaan jambatan angkat dan lain-lain yang indah dipandang, namun kualiti hidup warga bandar tidak meningkat dan terbela.

Memandangkan kes demam denggi yang makin berlarutan di Dun Bandar terutamanya di Losong Haji Su dan sekitar, kami daripada Penyelaras Pemuda PAS Dun Bandar (PPDB) akan mengadakan satu aktiviti gotong-goyong perdana bagi membersihkan kawasan tersebut.

Program tersebut akan diadakan pada hari Jumaat, 15hb Januari 2016, jam 8 pagi. Insya-Allah gotong-royong ini akan disertai oleh para pemuda di setiap cawangan dalam DUN Bandar, orang ramai dan penduduk kampung, dan dibantu oleh pihak Unit Amal.

Diharapkan setiap cawangan agar membuat kerahan kpd pemuda masing2 dlm memberi kerjasama bagi menjayakan khidmat masyarakat ini. Semoga ia menjadi saham di sisi Allah SWT.

***KHAIRUDIN MUHAMAD, ialah Ketua Pemuda PAS DUN Bandar.