Desak Pecat Pengarah Merupakan Pengakuan Skandal 1MDB

1111

KUALA TERENGGANU – Skandal penyelewengan 1MDB yang telah menyebabkan negara berhutanh sebanyak RM42 bilion didakwa menjadi punca kepada masalah ekonomi yang sedang melanda negara masakini.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyifatkan, pendedahan video ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak adalah pengakuan yang jelas pemimpin Umno tentang skandal tersebut.

video muhyiddin 1“Video ini bukti jelas pemimpin Umno sendiri kelam kabut (tentang) 1MDB (yang) sudah menanggung hutang RM42 bilion (Empat puluh dua ribu juta) dan perlu bayar faedah pinjaman ratusan juta setiap bulan,

“ia yang jadi punca masalah ekonomi negara yang mengheret rakyat dengan kenaikan harga barang,”jelas beliau.

Sehubungan itu, menurut Haji Amzad yang juga Ketua Sekretariat NGO Terengganu, rakyat terpaksa menghadapi beban kos sara hidup yang tinggi apabila dikenakan cukai GST dan kejatuhan kuasa beli kerana nilai wang ringgit yang telah ‘merudum’.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu video yang telah ‘viral’, tentang satu pertemuan Muhyiddin dengan para pemimpin Umno.

Dalam video tersebut, Muhyiddin telah menyatakan kebimbangan, sekiranya isu-isu yang sedang ‘panas’ diperkatakan dalam negara termasuk 1MDB tidak diselesaikan, ia mungkin menjadi ‘titik akhir’ kepada pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, pihak berkuasa menyiasat tentang pendedahan yang dibuat dalam video itu agar pengkhianat yang menyebabkan negara berhutan begitu banyak dibawa ke muka pengadilan.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat menilai ucapan Muhyiddin dalam video tersebut yang turut menyebut bahawa kebanyakan pemimpin Umno ‘bodoh’ dan berlagak ‘macam pandai’.

https://youtu.be/AxtecTtC7Fo