Siapkan Segera Pembangunan Di Tasik Kenyir!

4306

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu digesa menyiapkan segera pembinaan kompleks Kenyir Trade Center atau yang lebih dikenali sebagai ‘Pusat Bebas Cukai’ di Tasik Kenyir dekat sini.

Walaupun pembangunan tersebut tidak pernah dipersetujui oleh PAS, namun kerjaaan yang berdegil tetap mahu membinanya, perlulah menyiapkannya segera.

muhyiddin rashidSetiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, semakin lama pembinaan tersebut ‘diheret’ masa, semakin tinggi kos pembiayaannya.

“kita tak pernah setuju mendirikan bangunan yang begini besar di tengah-tengah Tasik Kenyir semata-mata mahu menjadikan komplek apa yang dikatakan sebagai ‘Bebas Cukai’,

“tapi dah nak buat juga…..…..buatlah…….tapi buatlah ikut jadual dan mestilah disiapkan segera,

“kerajaan dan rakyat akan rugi sekali lagi apabila kos pembangunannya meningkat kerana kelewatan, adakah pemimpin Umno yang mentadbir kerajaan tidak mengetahui?,”soal beliau.

Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu itu turut meminta kerajaan khususnya Lembaga Kemajauan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang menjadi Pegawai Penguasa kepada projek-projek itu mengemukakan pelan kepada rakyat bagaimana pembangunan tersebut dapat membantu warga Hulu Terengganu dan Kuala Berang khususnya.

taman2 kenyir“kita mahu Ketengah supaya dapat menyediakan ‘blue print’……..rancangan bagaimana pembangunan tasik Kenyir ini dapat membantu para usahawan kecil Hulu Terengganu, khususnya peniaga-peniaga di Kuala Berang,

“kita tak mahu mendengar lagi berita ‘menang sorak kampung tergadai’……….projek ratusan juta dengan menggunakan wang rakyat Terengganu, tapi yang kaya…….yang mendapat manfaat, bukan anak Terengganu,”tegas beliau.

Haji Muhyiddin yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggesa kemudahan talian internet di pertingkatkan di Tasik tersebut bagi menjadikan ia benar-benar sebuah pusat percutian antarabangsa.

“saya rasa malu juga bila ada pengunjung yang mengadu………susah nak ‘access’ talian internet melalui telefon bimbit, untuk menghantar gambar-gambar atau mengemaskini laman sosial masing-masing di kawasan Tasik,

bebas cukai kenyir1“saya pun malu juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu sekarang sudah masuk ‘separuh penggal’……..tapi tak dapat meningkatkan kemudahan tersebut,”ujarnya yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Tasik itu minggu lalu.

Menurutnya, para pemimpin sekarang perlu jujur dan ikhlas serta ‘realistik’ dalam melaksanakan kerja memberi khidmat dan membantu rakyat.

Katanya, rakyat sekarang sudah berubah banyak dan amat peka dengan suasana, bukan seperti dahulu lagi.

“perubahan ini adalah amat baik kerana ia akan mempercepatkan pembangunan, apabila rakyat peka……..maka kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat tidak harus leka,”tambahnya.

https://youtu.be/yKzUJyEwGG4