KT Walk; Biar Miliki Budaya Islam Melayu Tersendiri

3846

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Berhubung dengan pengenalan KT Walk di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang akan diadakan setiap hari Jumaat bermula jam 3 petang, saya menerimanya secara positif walau ada juga kedengaran rungutan yang mana saya harap dikumpulkan untuk penelitian dan penambah baikan.

Isu institusi pasar malam adalah isu yang selalu saya tulis dan ucapkan dalam ceramah ceramah terutamanya dalam program program pidato rakyat di pasar pasar malam yang pernah saya hadiri.

Kami punya hubungan yang baik dengan persatuan pasar malam dan selalu mencatat masalah dan cadangan. Pasar malam tempat orang2 melayu berniaga. Selalunya dilayan bagai warga kelas ketiga yg sesuka hati diarah pindah lokasi bagai kaum nomad.

Di negara maju, malah di KL, Chow Kit dan Petaling Street sejak dulu hingga kini jadi tarikan pelancong.

Malah banyak lokasi di KL dibuat acara mingguan pasar malam dgn menutup jalan pada tempoh tertentu untuk penjaja berniaga mencari rezeki. Misalnya jalan sekitar Hotel Vistana di Kuala Lumpur.

pasar malam 1Di Kuala Terengganu kita pernah bersuara masalah tekanan dihadapi oleh golongan penjaja dari segi lokasi dan syarat perlesenan yang mungkin perlu dimudahkan lagi. Penguatkuasaan yang dilaporkan ada kes kurang bertimbangrasa.

Cadangan supaya kerajaan menggazetkan lokasi dan masa untuk pasar-pasar malam supaya kekal dalam kalendar rakyat selalu kami sebut dengan pelbagai manfaat yang boleh diraih.

Kerajaan boleh merancang kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, tandas awam yang mencukupi dan berkualiti, surau awam yang bagus, kemudahan pembuangan sampah dan lain lain lagi.

Kerajaan mungkin boleh tambahkan pencahayaan agar lebih terang. Tumpuan perlu dibuat agar masalah parking dapat diatasi. Ini mungkin lebih selesa bila kompleks parking yang baru dibina siap dan begitu juga KT Mall yg dijanjikan boleh dibuka tak lama lagi.

Laluan jalan perlu direka supaya kenderaan boleh bergerak lancar. Jika perlu polis trafik mungkin boleh diminta membantu.

Saya dilaporkan ada kegiatan karaoke. Di KL pun mereka tak buat. Tak usahlah kita di Terengganu jadi tukang cambah dan suburkan budaya lalai begini.

Saya cadangkan supaya Kerajaan kempen solat berjemaah bila tiba waktu solat. Atau tetapkan 15-30 minit setelah Azan supaya tempoh bertenang utk peniaga solat ditempat pilihan masing jika surau tiada.

Biarlah di negeri kita yang 90% rakyatnya beragama Islam dan Melayu kita bina budaya pasar yang punya karakter budaya Islam dan melayu yang indah dan tersendiri.

Sebenarnya tak perlu binaan kekal untuk surau KT Walk. Naikkan kanopi. Buat dinding kanvas. Kipas angin atau ‘portable aircond’. Sebagai surau sementara.

KT Walk adalah medan untuk orang-orang melayu berniaga ditengah2 pusat bandar. Walau saya jangkakan lokasi yang berbeza, tapi kesediaan MBKT memperuntukkan lokasi dan masa ditapak tumpuan (prime area) adalah peluang besar untuk showcase’ yang berupaya menonjolkan peniaga peniaga melayu.

Bank-bank yang berdekatan memudahkan akses kepada mesin ATM untuk pengeluaran tunai.

Saya harap kerajaan bersedia melakukan lebih banyak penambahbaikan.

***HAJI AHMAD AMZAD HASHIM Presiden Gerakan Aanak Terengganu Insaf (GANTI)