Hudud; Tidak Betul Tanggapan PAS Tidak Memaklumkan Kepada PR

962

Tanggapan mengatakan pimpinan PAS tidak membuat penjelasan kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tentang Rang Undang Undang Mahkamah Syariah/Hudud adalah tidak betul. Saya sendiri sudah 3 kali bersama dengan Pimpinan PAS Pusat dan Pimpinan Kerajaan Negeri berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang Hudud.

Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras. Semua pimpinan atasan PR hadhir dan dipengerusikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Kemudian di pejabat Agung PAS Kuala Lumpur dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru baru ini. Pimpinan lain sperti Dato Nik Ammar dan Dato Takiyudin hadir tidak kurang dari 4 kali.

Mereka (Pimpinan PR) sudah jelas tentang Hudud dan pendirian/stand PAS. Di perjumpaan terakhir di Parlimen baru-baru ini tidak ada pun keputusan dibuat supaya PAS jangan bentangkan Hudud di DUN Kelantan. Sebalik kita tegaskan kita mesti kena bawa sebab telah diluluskan oleh Majlis Ulama MAIK dan mendapat perkenan dari Baginda Sultan.

Mereka minta kita ubah dengan menyebut perkataan pindaan. Pada awalnya kita agak keberatan kerana kita terpaksa sebut satu persatu pindaan yang kita buat apabila Menteri Besar Kelantan buat pembentangan dalam DUN. Tetapi mesyuarat Jwatankuasa PAS Pusat esok bersetuju sebagaimana yang mereka cadangkan.

Ia memaksa kita pinda banyak perkara. Itulah antara sebab mengapa kita kena buat pembetulan. Tiba tiba apabila diluluskan dalam DUN keluar kenyataan kita tikam PR dari belakang dengan meneruskan pindaan tersebut dengan alasan mesyuarat PR memutuskan tidak teruskan Sidang DUN. Tidak ada langsung keputusan begitu.

Untuk pengetahuan semua, 3 kali saya berhadapan dengan mereka, sikap mereka sangat keras dalam setiap kali perjumpaan. Dalam perjumpaan terakhir baru ni, mula saja mesyuarat, mereka terus mahu mesyuarat majlis PR buat keputusan supaya Hudud dikeluarkan dari agenda parti gabungan PR.

YB DR MOHAMED FADZLI HASSAN
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Kerajaan Negeri Kelantan