Ujian dan musibah datang tanpa diduga. Ketika hampir waktu berbuka puasa petang selasa 23 Ramadhan, ribut kencang seakan angin puting beliung membadai beberapa lokasi di Jabi melibatkan Kampung Tasik Tok Lebai, Kampung Kepala Gajah, kampung Bukit Tanah, Kampung Tempinis, Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Kerandang dan Kampung Bukit Jeruk.


Tindakan segera telah diambil oleh Majlis Tindakan PAS DUN Jabi untuk menghulurkan bantuan awal kepada mangsa sebelum dilakukan susulan dengan tindakan lanjut termasuk gotong royong baik pulih rumah.
Apatah lagi dengan Eidulfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi, tentunya mendiami rumah tanpa bumbung adalah menyedihkan.


Kita menerima takdir dan ujian Allah dengan redha. Tetapi apabila melihat cara kerja dan bagaimana sebuah rumah mesra rakyat dibina, ternyata ia dibina dengan kualiti dan kayu-kayan yang sangat ‘low class’. Bumbungnya sekadar diletakkan di atas binaan konkrit tanpa sokongan yang kukuh. Bila-bila masa ia terdedah untuk diterbangkan angin dengan mudah. Syukur kepada Allah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Tentunya dengan kualiti binaan sebegini, kontraktornya mampu meraih keuntungan berganda. Maaf saya katakana, ia suatu keuntungan berganda atas kesempitan dan kesusahan orang lain. Ia rumah mesra rakyat yang juga ‘mesra angin rebut!’


Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun BIMB 13035010070371 atas nama MAJLIS TINDAKAN PAS DUN JABI. Semoga diganjari Allah pada setiap sen yang dihulurkan.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Majlis Tindakan DUN Jabi
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
0199421964





























