Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun keempat 2009

795


http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/arifinderaman.gifPengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman (gambar), mengarahkan semua pihak agar dapat menyemak daftar tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bersama ini di paparkan link untuk memuat turun Rang Daftar Pemilih Tambahan berkenaan;

1. Kawasan Parlimen Marang

2. Kawasan Parlimen Kuala Terengganu

3. Kawasan Parlimen Kuala Nerus

4. Kawasan Parlimen Kemaman

5. Kawasan Parlimen Hulu Terengganu

6. Kawasan Parlimen Dungun

7. Kawasan Parlimen Besut

8. Kawasan Parlimen Setiu

(Atau para pengunjung boleh ke menu Semak Daftar Pemilih di Bahagian Atas Laman Buletinoline)

Selain itu, Ariffin berkata, ia akan turut dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri; pejabat Pos Berkomputer; kompleks atau pejabat kerajaan; pejabat daerah atau pejabat tanah; Majlis Daerah atau perbandaran; Dewan Serbaguna, Rukun Tetanga, Balai Raya dan lain-lain tempat.

Katanya, SPR dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama hari ini meminta semua warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi supaya untuk membuat semakan.

Warganegara yang baru berdaftar tetapi nama mereka tiada dalam senarai itu, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

“Mereka yang ingin membuat sebarang bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar pemilih itu juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

“Kedua-dua borang B dan C itu perlu diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pameran,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh antara Oktober dan Disember 2009 SPR menerima 82,668 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 16,793 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Selain itu SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih seperti mereka yang didapati meninggal dunia dan lucut hak warganegara.

SPR berkata dalam usaha membersihkan daftar pemilih, kerjasama semua waris amat diharapkan untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris yang meninggal dunia.

Salinan itu boleh dihantar secara pos atau faks atau pun datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau pun ke ibu pejabat SPR di Putrajaya

SPR turut menasihatkan pemilih yang sudah berdaftar untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2008 bagi tujuan membuat pembetulan sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hadir sendiri ke ibu pejabat SPR atau menelefon 03-88856500, Pejabat Pilihan Raya, atau dengan melayari laman web SPR www.spr.gov.my.