Mengapa Menteri Agama Tolak Mendoakan Suatu Kematian?

924

Pada ahad lalu, 27 Oktober, di Kampung Selengkoh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, seorang penduduk tempatan telah kembali ke rahmatuLlah.

Calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat telah hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah Harisun Bt Yahya

Selepas memberikan ucapan dan tiba waktu mendoakan jenazah tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir tiba.

Sebagai menghormati ketibaan seorang pemimpin negara, Ustaz Azam telah meminta Jamil Khir untuk membacakan doa tersebut.

Namun begitu, Ustaz Azam dan penduduk yang hadir menerima respons sebaliknya, kerana Jamil Khir menolak untuk membaca doa!

Mengapa Jamil Khir menolak?

(Gambar – Jamil Khir mengaminkan doa yang dibacakan oleh calon PAS)

Mustahil Jamil Khir yang juga bekas pegawai kor agama angkatan tentera (KAGAT) tidak tahu membaca doa!

Takkan Jamil Khir yang berilmu dan sudah berpengalaman luas, malu untuk membaca doa, untuk sebuah kematian, cuma?

Tidak munasabah Jamil Khir ada sesuatu niat yang tidak sewajarnya bagi seorang yang bertanggungjawab terhadap kemajuan agama Islam di negara ini!

Apalah salahnya, Jamil menerima permintaan Ustaz Azam dan berdoa untuk orang kampung dalam kejiranannya.

Tidak seorang pun yang tahu apakah jawapan yang sebenarnya, mengapa Jamil Khir menolak bila diminta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi orang telah meninggal dunia.

Tidak ada komen yang dapat diberikan, maka terserahlah kepada Jamil Khir untuk menjawabnya sendiri!