Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan satu program bertajuk ‘Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia : 56 Tahun Merdeka-Halangan dan Penyelesaian.
Menurut Ketua Lujnah Penerangan PAS, Seminar penting itu akan diadakan pada 5 Oktober 2013 pada Hari Sabtu bersamaan 29 Dzul Kaedah 1434 Hijrah di Shah Alam Selangor.


Sehubungan itu, Pakar perlembagaan negara, Dr. Abdul Aziz Bari pernah menulis tentang Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Dalam Perlembagaan Malaysia yang diterbitkan dalam Jurnal Syariah Volume 10, No. 2, 2002, muka surat 31 to 42.
Artikel yang ditulis Dr. Aziz cuba untuk mengetengahkan beberapa perkara yang dilihat menjadi halangan, yang dibentangkan oleh rangka kerja (framework) perlembagaan di Malaysia, yang menjadikan pelaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya di negara ini sama ada sukar atau mustahil.
Beliau berhujah bahawa, ia bukanlah apa yang terdapat ‘framework’ perlembagaan Malaysia itu adalah sesuatu yang tidak dapat diatasi kerana menurutnya sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai halangan itu sebenarnya berkaitan politik dan dengan itu ia memerlukan keazaman politik untuk menyelesaikannya.
Dr. Aziz juga berhujah, sehingga kini terdapat banyak keadaan di mana perlembagaan itu telah diketepikan atau dipinda untuk membuat apa yang dikehendaki oleh kuasa-kuasa yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ikuti tulisan Dr Abdul Aziz Bari, Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Dalam Perlembagaan Malaysia, samada membacanya melalui pautan tersedia atau memuat turun artikel dalam bentuk PDF itu.
Klik Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Dalam Perlembagaan Malaysia,






























