KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) menerusi notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026 yang didakwa mendahului keputusan mahkamah serta mengehadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu turut memperlihatkan apa yang disifatkan sebagai ketakutan yang semakin memuncak dalam kalangan pihak kerajaan.
Beliau berkata, segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur serta mematuhi perlembagaan parti, manakala hubungan antara parti-parti anggota kekal utuh, kecuali satu pihak yang didakwa telah menyisihkan diri dan berpaling arah.
“Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini, akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan,” ujarnya melalui satu kenyataan media pada 21 Oktober.
Sehubungan itu, PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan perubahan dalam kepimpinan negara, selain menyeru semua pihak supaya menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan notis ROS bertarikh 20 Oktober 2026 berhubung pembatalan pendaftaran PN, yang menurut PAS akan dicabar melalui saluran perundangan. Pendaftaran PN, Mendahului Keputusan Mahkamah
KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) menerusi notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026 yang didakwa mendahului keputusan mahkamah serta mengehadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu turut memperlihatkan apa yang disifatkan sebagai ketakutan yang semakin memuncak dalam kalangan pihak kerajaan.
Beliau berkata, segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur serta mematuhi perlembagaan parti, manakala hubungan antara parti-parti anggota kekal utuh, kecuali satu pihak yang didakwa telah menyisihkan diri dan berpaling arah.
“Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini, akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan,” ujarnya melalui satu kenyataan media pada 21 Oktober.
Sehubungan itu, PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan perubahan dalam kepimpinan negara, selain menyeru semua pihak supaya menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan notis ROS bertarikh 20 Oktober 2026 berhubung pembatalan pendaftaran PN, yang menurut PAS akan dicabar melalui saluran perundangan.






























