Bersolidariti Dengan Palestin Buka Ikut ‘Trend’

4
Ustazah Sumaiyah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Golongan anak muda perlu membina solidariti terhadap Palestin berasaskan kefahaman, akidah dan persaudaraan Islam, bukannya sekadar mengikut trend atau arus semasa.

Pengarah Ameerah Terengganu, Ustazah Sumaiyah Zakaria berkata, kesedaran yang lahir daripada kefahaman mendalam akan membentuk komitmen berterusan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Menurutnya, perjuangan membela Palestin tidak seharusnya terhenti pada sokongan bermusim.

Sebaliknya perlu diteruskan melalui doa, pendidikan, peningkatan kesedaran dan pelbagai usaha yang berterusan.

“Kesedaran yang lahir daripada kefahaman yang mendalam akan melahirkan komitmen yang lebih konsisten dan berterusan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, peringatan terhadap peristiwa Taufan Al-Aqsa yang memasuki tahun ketiga perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai perjuangan rakyat Palestin dan tanggungjawab bersama dalam membela mereka.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai menyertai Himpunan Taufan Al-Aqsa 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini sebagai salah satu platform menyatakan solidariti terhadap Palestin.

“Palestin tidak boleh dilupakan. Al-Aqsa terus di hati, doa dan solidariti kita tidak akan terhenti,” tambah beliau.