Oleh Dr Riduan Mohamad Nor.
Taufan itu tanpa belas, tak berempati, melanda dan membadai seluruh pelusuk tanahair , daripada Perlis ke bumi Sabah dibawah bayu. Keputusan PRN Johor jelas tak bersuluh sebagai signal rakyat negara ini menolak Dap dan apa sahaja yang berkaitan atau yang bersekutu dengan parti yang dikaitkan dengan pelbagai labelan buruk sejak dekad 70an. PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung akan menjadi medan penyatuan umat Melayu mendobrak hegemoni DAP di negeri Sembilan dengan pencitraan “beraja dimata, bersultan dihati”.
Apakah sejarah parti yang begitu dipuja oleh Pan dan pimpinannya itu, besarkah jasanya kepada Islam dan Melayu, juga Raja Raja Melayu di tanah leluhur ini ?. Dalam denai sejarahnya, pada tanggal 18 Mac 1966, Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party, DAP) secara rasmi diluluskan pendaftarannya oleh ROS sebagai sebuah parti politik yang bebas berpartipasi di Malaysia. Torehan sejarah tertubuhnya DAP ialah berlaku selepas pembubaran cawangan Malaysia bagi People’s Action Party (PAP) Singapura . Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, seterusnya DAP mula menyertai arena politik Malaysia sebagai parti pembangkang dengan imej kecinaan yang memperjuangkan demokrasi berparlimen, keadilan sosial, dan membumikan konsep “Malaysian Malaysia”. Komuniti Cina tertumpu dikawasan bandar kerana dasar pecah perintah dizaman kolonial , disinilah akhirnya menjadi DAP termasuk penguasaan pada kerajaan Pulau Pinang pasca PRU 2008.
Sejak awal penubuhannya dalam gelora etnik atau persaingan komunal yang ekstrem, DAP telah memilih simbol Roket sebagai lambang rasmi parti. Bendera inilah yang dirakamkan dalam perarakan kemenangan di Kuala Lumpur sebelum tercetusnya pergaduhan berdarah 13 Mei 1969 yang merubah lanskap politik dan ekonomi dalam era 1970an. Bagi leluhur DAP, logo dan simbol ini diluncurkan bagi mencitrakan wadah parti itu berjuang untuk Malaysia dipacu kemajuan, aspirasi rakyat dan obsesi perubahan rakyat.
Pada dekad dekad awalnya, parti ini cenderung kepada ideologi Sosialisme yang juga ideologi yang pernah menjadi fenomenal dunia. Bendera serta simbol roket DAP menjadi identiti yang mudah dikenali oleh para pengundi dalam pilihan raya. DAP adalah penerusan legasi PAP ( People Action Party) yang secara sistematik berjaya menghilangkan pengaruh parti parti pesaing mereka melalui akta draconian ISA . PAP di tanah Temasek merakamkan sejarah gelap manusiawi dengan menghumbam belasan tahun tokoh tokoh kiri dalam penjara tanpa bicara seperti Lim Chin Siong, Zaid Zahari dalam dekad 1960an . Ironinya, lambang Roket DAP terus berkibar megah walaupun mengundang stigma sosial kepada pengundi kawasan jantung hati orang Melayu terutamanya di Pantai Timur. Lebih enam dekad bergulat dimedan persaingan demokrasi negara ini , lambang roket terus digunakan sehingga hari ini dalam ” janji janji manis Pilihanraya sehingga ditolak pengundi Sabah , Johor dan bakal ditolak oleh pengundi negeri beradat pepatih !. Bahkan jangan terkejut jika Setiausaha Agong parti itu juga akan tersungkur ” baham tanah” ditolak pengundi dengan pelbagai isu domestik terkait DAP.
Secara optik parti itu dominan dikawasan pengundi majoriti Cina seperti Lembah Klang, 18 DUN di negeri Perak, lapan DUN di Johor serta belasan DUN di Negeri Sembilan . Jawapannya, pembaca fikirkan sendiri tentang citra dan cita cita parti tersebut yang pernah diungkapkan dalam Deklarasi Setapak 1966.
Obsesi parti itu terhadap konsep Malaysian Malaysia yang pernah menampilkan pimpinan seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chen Man Hin sebagai pemain utama politik negara . Dalam sejarahnya juga , DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu namun sekadar untuk menampil imej sebagai parti berbilang kaum negara ini. Menarik juga akhirnya ramai pimpinan Melayu akan keluar dan terkeluar daripada DAP dengan pelbagai cerita yang sangat sadis . Paling sensasi cerita sisi gelap DAP ialah daripada Razali, pembantu kanan tokoh DAP di Pulau Pinang yang mampu meremangkan bulu roma sesiapa yang cintakan tanah pertiwi ini!.
Rakaman sejarah juga menyaksikan beberapa ” mass crackdown” yang melibatkan tokoh tokoh DAP seperti tangkapan besar besaran ISA pasca tragedi 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987. Parti ini tiada struktur kukuh di akar umbi namun berusaha mempengaruhi pandangan awam melalui pelbagai saluran media alternatif. Pasca kekacauan politik pemecatan Anwar 1998, parti itu turut bersama gelombang kebangkitan rakyat terutama selepas penubuhan GERAK di Markas Taman Melewar pada April 1999. Pelbagai parti politik ,NGO serta NGI telah disatukan kekuatan untuk menyekat sekatan politik, pemansuhan akta drakonian, pemerkasaan fungsi semak dan imbang dalam negara.
Kemenangan Barisan Altenatif dalam PRU November 1999 akibat ledakan isu isu rakyat, terutama isu pemecatan Anwar Ibrahim , usaha membungkam tokoh tokoh oposisi telah memberikan laba politik yang berkesan kepada PAS. Parti Islam itu telah berjaya memenangi Terengganu kembali, bertahan di Kelantan dan melebarkan pengaruh di kawasan Malay Belt . Kebalikannya pula, DAP sangat gusar dan tak mampu bersangka baik dengan usaha islamisasi oleh kerajaan PAS di Terengganu seperti isu kharaj, pengasingan lelaki perempuan, penggubalan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan banyak lagi isu melibatkan pematuhan Syariah . DAP juga menentang Dokumen Negara Islam yang diluncurkan oleh PAS dimana almarhum Dr Haron Din telah menjadi arkitek utama melakarkan Dokumen penting ini.
Tanpa menunggu detik masa yang lama, DAP akhirnya keluar daripada pemuafakatan politik BA. PAS terus bergerak mengembangkan langkah dan sayap perjuangannya terutama aspek jihad pendidikan serta pelebaran jaringan sivil sehingga menjadi parti paling berdisiplin , paling berstruktur di negara ini seperti yang pernah diungkapkan oleh figura DAP , mendiang Karpal Singh di Dewan Milinea Kepala Batas pada tahun 2011.
DAP tak sunyi daripada pelbagai isu melibatkan Islam dan Melayu , malah tidak ekstrem jika penulis menyatakan bahawa dengan konsistensi sikap DAP inilah yang menyebabkan dua parti Melayu bergabung tenaga untuk memguburkan parti dalam PRN Negeri Sembilan dan juga akan berjangkit dalam PRU 16. Penonjolan isu isu seperti UEC, penternakan babi skala mega di Selangor, isu pemilikan tanah, penukaran nama jalan, isu pendidikan Cina swasta, penwartaan serta tumpukan dana awam kepada kampong kampong Baru Cina yang dibina zaman darurat 1948-1960 . Beban politik DAP termasuk pelbagai isu termasuk pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Selangor dan juga di Negeri Sembilan.
DAP memikul bagasi sejarah yang tak kecil bahkan lumayan , arogansi pemimpinnya seperti duri yang menyucuk nurani orang Melayu. Isu korupsi mantan tokoh utamanya juga bukan kecil anak yang boleh dikesampingkan begitu saja. Kebelakangan ini percubaan untuk menampilkan beberapa “budak budak ” Melayu sebagai anggota legislatif mewakili parti itu tak mampu menghapuskan beban sejarah sejak akhir dekad 60an.
Parti ini pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 2018, sebelum kembali menjadi pembangkang dan kemudian menyertai Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada tahun 2022 yang dipimpin Anwar Ibrahim. Permainan politik DAP dan pemimpinnya tak cantik, beberapa kali ugutan keluar daripada kerajaan Madani, juga termasuk keceluparan pimpinan mereka diatas podium seperti boomerang yang akan membaham tengkuk mereka sendiri. Selepas ini tak perlu menggugut untuk keluar daripada kerajaan, rakyat terbanyak akan menghumban mereka ke dalam bakul hanyir sejarah. Nismilan tanah Beradat pastinya akan mengikuti tendensi pengundi Sabah serta Johor….ohh lupa menoleh sisi cermin tepi bergerak , anak butir DAP yang setia lagi taat . Pan apa khabar?
( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )
[7/16, 10:55 PM] Noreni Abu Bakar: Kerajaan Terengganu Luluskan Dua Program Baharu Perumahan Mampu Milik
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu telah meluluskan dua program baharu perumahan mampu milik yang dijangka membuka lebih banyak peluang kepada rakyat memiliki kediaman sendiri.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dato’ Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata pertamanya, Program Rumah Mampu Milik Di atas Tanah Sendiri dan Tanah Kerajaan Berkelompok(RTB) yang dikenali sebagai Program Rahmah.
“Melalui program ini rakyat negeri Terengganu yang memiliki tanah sendiri akan diberi peluang untuk membina rumah di atas tanah masing-masing di atas bantuan kerajaan negeri,
” bagi menjayakan hasrat tersebut , pemohon yang layak ditawarkan pinjaman tanpa faedah kepada kerajaan neger, “ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini semalam.
Menurutnya, program tersebut menawarkan tiga pilihan rekabentuk dengan keluasan 750 kaki persegi , 850 kaki persegi dan 950 kaki persegi.dengan anggaran harga bermula RM82500.00 hingga RM104,500.00.
“Pada peringkat permulaan, kerajaan negeri akan membina sebanyak 320 rumah melibatkan 10 buah rumah bagi setiap DUN dan perlaksanaan akan dibuat secara berfasa,” jelasnya lagi..
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik Berskala Kecil (RMMBK) yang memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan di atas tanah-tanah milik kerajaan yang bersaiz kecil,.lazimnya yang kurang satu ekar.
” Setiap.projek akan melibatkan pembinaan antara satu hingga empat unit rumah dengan harga jualan ditetapkan RM100,000.00 seunit.
Pendekatan ini, katanya, insya Allah akan membolehkan projek rumah mampu milik dilaksanakan secara lebih menyeluruh tanpa perlu menunggu pada projek-projek berskala besar yang sudah pasti melibatkan kos yang tinggi dan jangka masa pembinaan yang lebih panjang.
“Disamping itu perlaksanaan projek ini dijangka dapat mengoptimumkan penggunaan tanah -tanah milik kerajaan yang terbiar ataupun yang belum dimanfaatkan,” katanya.






























