Awang Ada Harapan Di Simpang Jeram

33
Awang, seorang usahawan tani yang berjaya, sedia berkhidmat Dan berbakti membimbing warga Simpang Jeram

MUAR – Pengerusi Biro Media dan Komunikasi Wanita Gerakan, Ng Mey Yuan berkeyakinan calon PN di Dun Simpang Jeram, Arshed Yahya @ Awang akan menerima undi dari kaum bukan Melayu berdasarkan rungutan dan aduan yang beliau terima dari masyarakat setempat berkaitan dengan keadaan semasa di Malaysia.

Menurut beliau, rakyat inginkan seorang wakil rakyat yang senang ditemui dan mengeluarkan suara hasrat rakyat kepada kerajaan kerana keadaan ekonomi yang tidak bagus, rakyat menanti janji dari Pakatan Harapan yang masih banyak gagal ditunaikan mereka.

Walaupun pilihanraya ini adalah untuk Dewan Undangan Negeri dan PH memerintah di Pusat, namun Ng berkata rakyat takut jika PH menang di Johor, mereka akan membawa sikap lama mereka yang tidak tahu mengotakan janji itu dan mengecewakan rakyat Johor.

“Kita sebagai rakyat yang mempunyai fikiran yang sihat, apa yang awak dah janji, kena tunai. Jangan bagi barang yang tidak sama (mungkir janji). Inilah bagi saya yang paling penting, sebagai satu moral (sikap yang baik).

Kita sangat takut (sikap tidak menunaikan janji oleh PH) kerana apabila kita lihat kepada Selangor masalah seperti isu ladang babi dan berharap ini tidak akan berlaku di Johor,” terang beliau.

Pengerusi Biro Media dan Komunikasi Wanita Gerakan, Ng Mey Yuan

Ng ditemui selepas satu majlis taklimat dan siaran langsung Facebook bagi memperkenalkan calon PN Simpang Jeram kepada masyarakat bukan Melayu bersama Tan Sri Annuar Musa di Markas PAS Kawasan Bakri tengahari tadi.

Beliau juga menempelak sesetengah pihak yang dilihat gagal untuk mematuhi prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara apabila terdapat sindiran-sindiran terhadap titah DYMM Sultan Selangor berkenaan kejayaan menyempurnakan pembinaan LRT3.

Kata beliau, kita telah diajar semenjak sekolah untuk menerima dan mengamalkan prinsip ini dan tiada sebab mengapa ada pihak yang tinggal di Malaysia, gagal untuk menyahut seruan perpaduan ini.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor,Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri pula berkata, belaiu menyokong titah Tuanku Sulta Selangor yang tidak mahu ada pihak yang mendakwa bahawa projek itu adalah hasil dari kerja keras mereka sahaja dan menafikan keterlibatan kerajaan terdahulu.

“Pada saya projek rakyat sebegini tidak perlu dipolitikkan ia bukan projek sekelip mata, ia memerlukan perancangan yang lama.

“Saya menjunjung kasih terhadap titah Tuanku Sultan Selangor supaya projek ini tidak diclaim oleh sesiapa sebab ia adalah projek sejak zaman Datuk Seri Najib sampailah sekarang.

Pesuruhjaya PAS Selangor,Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri

“Jadi semua orang terlibat dan patut diberikan kredit dan saya menyokong penuh titah Tuanku kerana ini adalah projek rakyat dan perlu kita kongsikan bersama,” tegas beliau.

Mengulas berkenaan ada pihak yang cuba menyindir titah Tuanku Sultan Selangor pula beliau berkata isu ini seharusnya diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat samada ia mencabar Sultan.

Beliau menegaskan bahawa negeri ini adalah sebuah negeri raja berpelembagaan, kena patuh kepada prinsip rukun negara yang sama-sama kita amalkan.

Ditanya adakah kerana sikap kurang adab DAP pada banyak isu sebelum ini yang menjadi penyebab hubungan antara PAS dan DAP diputuskan, beliau menjawab bagi beliau ada banyak lagi perkara yang lebih memudaratkan yang dibawa oleh DAP dalam hubungan politik mereka yang menjadi penyebab utama putusnya hubungan.