Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Kerajaan Negeri Hormati Proses Undang-Undang
Saya mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan. Kerajaan Negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.
Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan.
Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional.
Semoga kita semua terus dipandu dalam melaksanakan amanah ini.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
24 Februari 2026M / 6 Ramadan 1447H




























