Bantuan One-Off RM2.735 Juta Ringankan Beban Institusi Pendidikan Islam Swasta

323
Ustaz Abdul Hadi ketika haidir pada program tersebut

KUALA TERENGGANU – Bantuan One-Off berjumlah RM2.735 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada Institusi Pendidikan Islam Swasta berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), meringankan beban pengurusan institusi dan memastikan kebajikan pelajar terus terjaga

Mudir Pondok Raudhatul Muhammadi, Abdul Hadi Mohamad berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan PAS atas inisiatif berkenaan, selain bersyukur kerana Pondok Raudhatul Muhammadi turut tersenarai sebagai penerima bantuan tersebut.

“Sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan pelajar, termasuk pembelian alatan bantu mengajar, kerja-kerja membaik pulih keperluan pelajar yang rosak, pembayaran utiliti serta keperluan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada pelajar,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, institusi pondok dan pendidikan Islam swasta berdepan pelbagai cabaran khususnya dari segi kewangan dalam menampung kos operasi harian.

Program Bantuan One-Off berjumlah RM2.735 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada Institusi Pendidikan Islam Swasta berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT),

Justeru itu, kata Abdul Hadi, bantuan one-off ini amat membantu meringankan tanggungan pengurusan.

“Saya selaku pentadbir Pondok Raudhatul Muhammadi amat berharap agar bantuan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kelangsungan institusi pendidikan Islam serta kebajikan pelajar sentiasa terpelihara,” ujar beliau.

Abdul Hadi turut menyifatkan penyaluran Bantuan One-Off RM2.735 juta itu sebagai bukti keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkasakan pembangunan pendidikan Islam serta melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.