PAS Kawasan Kemaman Rakam Takziah Pemergian Dr (H) Megat Suhaimi

1161

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – PAS Kemaman merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Allahyarham Dr (H) Megat Suhaimi bin Megat Idrus yang telah kembali ke rahmatullah jam 7.20 pagi ini.

Yang Dipertua PAS Kemaman YB Ustaz Che Alias Hamid berkata, Timbalan Ketua Lajnah Teknologi Maklumat dan Dataraya PAS Kemaman itu, dikenali sebagai seorang petugas serta amilin parti yang komited dan berdedikasi.

“arwah melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan data parti.”

“pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat PAS Kawasan Kemaman, memandangkan sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang penglibatan bersama parti.” ujarnya ketika ditemui menziarahi jenazah Allahyarham, Di Taman Islam.

Menurut Ustaz Alias, Allahyarham disyaki dijangkiti kuman pada paru-parunya dan pernah diwadkan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu beberapa minggu lalu akibat komplikasi tersebut.

Oleh itu, PAS Kawasan Kemaman juga turut menzahirkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat kawasan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.

“Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.” tambah beliau.