Jabatan Siasatan Jenayah Bangladesh Isytihar Bekas PM Hasina Sebagai Buruan

146
Tindakan ganas polis Bangladesh Terhadap Rakyat semasa Sheikh Hasina berkuasa

Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Bangladesh telah menerbitkan notis di akhbar pada hari Jumaat, mengisytiharkan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina dan 260 yang lain sebagai buruan dalam kes hasutan.

Notis itu, yang diterbitkan dalam akhbar Inggeris dan Bengali, menyatakan bahawa penerbitannya telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Metropolitan Dhaka.

Menurut notis itu, CID memulakan siasatan hasutan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 196 Kanun Prosedur Jenayah.

Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos 2024, selepas kejatuhan kerajaannya. Kerajaan sementara Bangladesh telah menghantar nota diplomatik ke New Delhi meminta kepulangan bekas perdana menteri negara itu.

Dalam perkembangan sama, Sheikh Hasina, telah memberi amaran bahawa mengharamkan parti Liga Awami miliknya daripada pilihan raya tahun depan akan melebar perpecahan di Bangladesh kerana berjuta-juta penyokongnya bakal memboikot undian tersebut.

Beliau berusia 78 tahun itu kini sedang dibicarakan atas jenayah terhadap kemanusiaan selepas digulingkan pada Ogos 2024 oleh pemberontakan yang diketuai pelajar.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1,400 orang terbunuh dalam tindakan keras ketika beliau masih berkuasa.

Kerajaan sementara diketuai pemenang Hadiah Keamanan Nobel Muhammad Yunus telah berikrar untuk mengadakan pilihan raya pada bulan Februari dani telah mengharamkan Liga Awam.

Parti itu dihalang menyertai poltik bawah pindaan kepada akta anti-keganasan, dengan memetik ancaman keselamatan negara dan siasatan jenayah perang terhadap pemimpin kanannya.

“Larangan ke atas Liga Awami bukan sahaja tidak adil, malah merugikan diri sendiri,” kata Hasina dalam komen emel kepada agensi berita Reuters yang diterbitkan pada hari Rabu.

“Berjuta-juta orang menyokong Liga Awami, jadi setakat ini keadaannya, mereka tidak akan mengundi. Anda tidak boleh melucutkan hak berjuta-juta orang jika anda mahukan sistem politik yang berkesan.” tambahnya

Liga Awami dan lawannya Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) telah lama menguasai politik Bangladesh yang mempunyai lebih daripada 126 juta pengundi berdaftar.

Pilihan raya pada Januari 2024 telah diboikot oleh BNP kerana pemimpin tertingginya sama ada dipenjarakan atau dibuang negeri.

Tribunal Jenayah Antarabangsa, mahkamah jenayah perang domestik Bangladesh, telah menamatkan prosiding terhadap Hasina, dan keputusan dijangka pada 13 November.

Ketua Pendakwa Raya Tajul Islam menuduh Hasina sebagai “nukleus di mana semua jenayah dilakukan” semasa pemberontakan dan menyeru hukuman mati jika dia didapati bersalah.

Pendakwa raya juga mendakwa dia menyelia kehilangan dan penyeksaan aktivis pembangkang di pusat tahanan rahsia yang dikendalikan oleh agensi keselamatan.