PAS masih terus memutarbelit fakta isu SSMZA, terbaru dengan melibatkan Exco kerajaan negeri Terengganuyang kononnya telah mengeluarkan kenyataan yang ‘meremehkan’ kejadian binaan kerajaan negeri yang runtuh atau rosak, yang kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
ADUN Bandar Dato’ Toh Chin Yaw, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan Dan Alam Sekitar dikatakan kononnya tidak kesal dan menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.
Toh dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012. Majlis tahunan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar tersebut diadakan pada Selasa 21 Februari di Dewan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Sebelum ini tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan tragedi bumbung stadium runtuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menghantar laporan palsu.Walaupun laporan palsu, laporan ini sudah pasti meletakan kakitangan JKR Terengganu dalam kegelisahan kerana mereka bakal dipanggil untuk soalsiasat lagi.
Dalam Laporan kepada SPRM , Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.“Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?
Perkara ini telah diakui tidak benar samasekali oleh pihak Pengurusan Stadium dan menganggap sebagai satu pembohongan dan fitnah yang boleh mencemar nama baik pihak pengurusan stadium dan mengesahkan janakuasa tersebut masih berada dalam stadium berkenaan.
Mengenai dakwaan Syed Azman peralatan “training” atau alat latihan yang dicuri dari stadium ini, pihak pengurusan stadium telah menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali yang mana peralatan berkenaan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini.
Pengurusan Stadium juga menangkis dakwaan Syed Azman bahawa kerusi dari stadium ini juga telah dicuri. Katanya Syed Azman hanyalah sekadar melengkapkan siri-siri pembohongan yang mana sebahagian kerusi stadium ini telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan dan menjelaskan mana-mana kerusi dari tempat kejadian yang masih boleh dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. Menakala kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.
Video Bukti Pembohongan Syed Azman Isu Stadium Runtuh
Mengenai isu kelewatan pembaikian stadium, Pihak JKR melaporkan pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan serta memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan.
Kejadian malang keruntuhan Stadium ini adalah akibat kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini. Tindakan haruslah diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara.
Kejadian keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun Barisan Nasional kerana parti yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek Sultan Mizan adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.
Sebelum ini Dr. Alias telah membuat kenyataan fitnah kepada kerajaan negeri dengan menyatakan kerajaan negeri Terengganu telahpun menerima serahan projek stadium daripada kontraktor dalam keadaan Jabatan Kerjaraya tidak bersetuju menerimanya kerana projek berkenaan masih belum sempurna. Sedangkan fakta sebenar JKR telah menerima serahan projek selaku Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini.
Pihak pengurusan stadium meminta kerajaan menguruskan rombongan pelajar-pelajar sekolah ke stadium ini bagi menyaksikan sendiri pembohongan yang telah dibuat oleh tiga pemimpin PAS, bertujuan mendidik mereka tidak suka kepada pembohongan.


















Recent Comments