Laporan ke2 PAS Kepada SPRM : ‘Tragedi’ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah laporan palsu!!!!

Posted on 19 February 2012 by BuletinOnlines

Tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan tragedi bumbung stadium runtuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ SSMZA.

Laporan ini sudah pasti meletakan kakitangan JKR Terengganu dalam kegelisahan kerana mereka bakal dipanggil untuk soalsiasat lagi.

Ketiga-tiga ADUN PAS membuat sidang media, selepas memperbaharui laporan ‘tragedi’ SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari.

Dalam Laporan kepada SPRM , Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.

“Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?

BOS telah membuat tinjauan ke SSMZA bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan dakwaan Syed Azman kepada SPRM. Penyelia yang bertanggungjawab terhadap pengawasan peralatan stadium maklumkan kepada kami bahawa dakwaan sebagaimana dibuat oleh tiga wakil rakyat kepada SPRM adalah tidak benar dan merupakan satu pembohongan dan fitnah yang boleh mencemar nama baik pihak pengurusan stadium.

Beliau membawa BOS melawat janakuasa yang dikatakan dicuri oleh Syed Azman dan ternyata janakuasa tersebut masih berada dalam stadium berkenaan sebagaimana foto dibawah.

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Foto diambil pada 19/2/2012 menunjukkan Janakuasa yang didakwa dicuri sebagaimana laporan Syed Azman pada SPRM masih berada didalam Stadium.

 

Seterusnya beliau menambah kenyataan Syed Azman yang menyatakan bahawa kren mungkin digunakan untuk membawa keluar janukuasa ini adalah tidak benar sama sekali kerana pintu bilik janakuasa yang kecil tidak mengizinkan kren masuk kedalam untuk digunakan sebagaimana foto dibawah.

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Pintu bilik Janakuasa yang kecil tidak membolehkan kren masuk untuk membawa keluar Janakuasa sebgaimana yang di fitnah oleh Syed Azman.

 

Mengenai dakwaan Syed Azman peralatan “training” atau alat latihan yang dicuri dari stadium ini, penyelia berkenaan menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali yang mana peralatan berkenaan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini sebagaimana foto-foto dibawah.

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Ruang dalam stadium SMZA yang pernah menempakkan alat “traning” yang didakwa oleh Syed Azman di curi.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Sebahagian Peralatan “training” yang disimpan di Stadium olahraga dalam kawasan stadium kompleks sukan yang digunakan oleh Majlis Sukan Negeri. (stor 1)

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Sebahagian Peralatan “training” yang disimpan di Stadium olahraga dalam kawasan stadium kompleks sukan yang digunakan oleh Majlis Sukan Negeri. (stor 2)

 

Pegawai berkenaan juga menangkis dakwaan Syed Azman bahawa kerusi dari stadium ini juga telah dicuri. Katanya Syed Azman hanyalah sekadar melengkapkan siri-siri pembohongan yang mana sebahagian kerusi stadium ini telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan.

Beliau menjelaskan mana-mana kerusi dari tempat kejadian yang masih boleh dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula.

Kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Stadium olahraga dimana peralatan traning ditempatkan dan sebahagian kerusi dari SSMZA dipindah dan digunakan semula.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Kerusi Stadium yang rosak akibat dihempap oleh runtuhan bumbung stadium.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Kerusi-kerusi yang masih boleh dipakai dipindahkan ke padang C dan Padang Olahraga untuk kegunaan semasa dan tidak dicuri sebagaimana di dakwa.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Kerusi-kerusi yang masih boleh dipakai dipindahkan ke padang C dan Padang Olahraga untuk kegunaan semasa dan tidak dicuri sebagaimana di dakwa.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Kerusi-kerusi yang masih boleh dipakai dipindahkan ke padang C dan Padang Olahraga untuk kegunaan semasa dan tidak dicuri sebagaimana di dakwa.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Kerusi-kerusi yang masih boleh dipakai dipindahkan ke padang C dan Padang Olahraga untuk kegunaan semasa dan tidak dicuri sebagaimana di dakwa.

 

Eksklusif PEMBOHONGAN PAS Terengganu
Pandangan sebelah barat stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan dimana kerusinya masih lagi kekal ditempat asal.

 

Mengenai dakwaan “Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan, BO telah hubungi pihak pengurusan stadium serta pihak JKR.
Pihak pengurusan stadium berkata perkara ini (kelemahan kerajaan) tidak berbangkit kerana stadium ini diurus oleh pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan yang mencukupi.

Pihak JKR pula berkata pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan stadium ini.

Seterusnya jurucakap JKR menambah pihaknya memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, pihaknya menolak dakwaan Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN) kerana perkara ini berkait soal keselamatan nyawa manusia, pihak JKR tidak boleh tunduk kepada tekan UMNO mahupun PAS. Apabila kajian perunding selesai, pihak JKR akan mulakan kerja-kerja pembaikan stadium ini kerana kerajaan telah menyediakan peruntukan yang mencukupi.

Berkait laporan kepada SPRM , Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri, pihak JKR menafikan perkara ini dan mengatakan laporan akhbar berkenaan dibuat secara tidak berasas.
Pihak BOS menyarankan supaya Syed Azman segera bertaubat serta berhenti mendedahkan pegawai JKR kepada siasatan SPRM kerana kegagalan projek ini adalah kegagalan pihak perunding dalam menyediakan reka bentuk stadium ini.

Kejadian malang keruntuhan Stadium ini adalah akibat kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini. Tindakan haruslah diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara.

Dalam keluaran yang lalu BOS melaporkan pegawai berkenaan menambah keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun Barisan Nasional. Semasa Terengganu dibawah kerajaan PAS pada tahun 1999 yang lalu, kami juga yang berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan. Apabila negeri ini diambilalih semula oleh Barisan Nasional, kami juga yang jaga projek-projek pembangunan. Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Pegawai berkenaan seterusnya menyatakan, dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek Sultan Mizan adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.

Leave a Reply

Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins