Apakah Dr. Alias akan mengikut jejak Dr. Syed Azman (parasite) yang sedang popular dengan pembohongan bersiri? Atau kerana terlalu terdesak kekurangan sokongan rakyat dan kehabisan modal, PAS terpaksa ulangi isu lapuk yang sudah diketahui rakyat jelata bumbung stadium runtuh akibat rekabentuk yang tidak memadai atau pihak akitek perunding gagal melaksanakan tugasnya.
Dr. Alias semasa sidang akhbar dipejabat SPRM Terengganu terdesak membuat laporan kali kedua isu keruntuhan bumbung stadium Sultan Mizan akibat telah kehabisan modal dan keadaan terdesak kerana telah kehilangan sokongan rakyat Terengganu apabila parti itu telah diganti oleh DAP dan meninggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam.
Dr. Alias telah membuat kenyataan fitnah kepada kerajaan negeri dengan menyatakan kerajaan negeri Terengganu telahpun menerima serahan projek stadium daripada kontraktor dalam keadaan Jabatan Kerjaraya tidak bersetuju menerimanya kerana projek berkenaan masih belum sempurna.
Krew BOS telah hubungi Jabatan Kerjaraya mendapatkan komen berkaitan Dr. Alias. Pihak BOS dimaklumkan kenyataan Dr. Alias adalah satu pembohongan kerana penerimaan sesuatu projek dibuat oleh sebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam pelaksanaannya. Jika projek itu diurus oleh Pejabat Daerah, pejabat berkenaan lah yang akan menerimkanya apabila projek itu siap, tidak perlu dibawa kepada kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menerima serahan sesuatu projek.
Dalam isu Stadium Sultan Mizan, serahan projek telah dibuat olek kontraktor-kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya semasa projek berkenaan disiapkan. Jabatan Kerjaraya telah menerima serahan projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri.
Pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan mengesyorkan kerajaan supaya mengambil tindakkan sam fitnah terhadap Dr. Alias kerana mengeluarkan kenyataa yang tidak berasas serta tidak bertanggungjawab.
Seterusnya pegawai berkenaan mengulas kejadian malang keruntuhan Stadium ini adalah akibat kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini. Tindakan haruslah diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada kami pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara.
Pegawai berkenaan menambah keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun Barisan Nasional. Semasa Terengganu dibawah kerajaan PAS pada tahun 1999 yang lalu, kami juga yang berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan. Apabila negeri ini diambilalih semula oleh Barisan Nasional, kami juga yang jaga projek-projek pembangunan. Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional.
Pegawai berkenaan seterusnya menyatakan, dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek Sultan Mizan adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.
BUKTI VIDEO FITNAH DR ALIAS!!!

















Recent Comments